Home Dalam Negara Ampang Park sudah tiada..

Ampang Park sudah tiada..

by admin

Ampang Park sudah tiada.. KUALA LUMPUR – “Saya pernah bekerja di Ampang Park sebagai penjual tiket panggung wayang, pusat membeli belah ini pernah menjadi tumpuan warga kota kerana ada pelbagai pusat hiburan dan kedai makan,” kataya.

Ampang Park sudah tiada..

Jamaliah Saidin berkata, harga tiket wayang pada ketika itu murah, RM5 hingga RM8.

“Filem paling ‘meletop’ ketika saya bekerja di sini adalah Tarzan Raja Rimba lakonan bintang Indonesia Barry Prima dan Datuk Ziela Jalil, tiket sekejap sahaja habis dijual,” katanya.

Beliau berkata, pusat membeli belah itu juga seringkali menjadi kunjungan bintang popular.

“Saya sempat beramah mesra dengan pelakon arwah Azmil Mustapha, beliau tidak sombong melayan peminat.

Beliau berkata, kini tempat itu sudah tiada lagi, hanya tinggal memori.

“Apabila dengar ia akan dirobohkan saya rasa sedih. Setiap kali melalui kawasan ini saya pasti mengimbau kenangan ketika saya bekerja di sini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, Ampang Park antara pusat membeli belah terawal dibina di ibu kota.

“Keadaan di sini sangat sesuai bagi orang-orang yang ingin membeli-belah dan sekadar menikmati pandangan,” katanya.

Menurutnya, memori pahitnya adalah pernah diragut ketika pertama kali menjejakkan kaki di pusat membeli belah itu.

“Walaubagaimanapun, saya tidak serik untuk kembali semula kerana saya tertarik dengan kumpulan busking yang membuat persembahan di sini,” katanya.

Menurutnya, kenangan manis pula, beliau juga berpeluang bekerja di salah satu institusi kewangan di dalam bangunan tersebut.

“Semua telah berakhir dan hanya tinggal kenangan yang segar dalam ingatan saya,” katanya.

Ampang Park, pusat beli-belah pertama di negara ini yang beroperasi sejak 44 tahun lalu telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Stesen Mass Rapid Transit (MRT) Ampang Park iaitu stesen bawah tanah.

Pusat beli-belah itu yang beroperasi pada 15 Mac 1973 diilhamkan oleh empat beradik, Tan Sri Low Keng Seng, Tan Sri Low Keng Huat, Low Keng Boon dan Low Keng Hoo yang mempunyai impian membina sebuah pusat sehenti berkonsepkan moden, hiburan serta keluarga.

Malah, Ampang Park pusat beli-belah pertama yang memperkenalkan eskalator. – Sinar Harian

related posts

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More