Home Dalam Negara Kecederaan berganda dan limpa pecah punca kematian mangsa dera

Kecederaan berganda dan limpa pecah punca kematian mangsa dera

by admin

KUANTAN – Kecederaan berganda di kepala dan keadaan limpa yang pecah menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki lima tahun mangsa dera, yang dipercayai dilakukan oleh bapa tiri dan ibu kandungnya.

Kecederaan berganda dan limpa pecah punca kematian mangsa dera

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan, keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) hari ini.

“Jenazah mangsa telah diserahkan kepada anggota keluarga terdekat yang lain pada pukul 4.15 petang tadi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Batu, Nenasi, Rompin,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media di sini malam ini.

Dalam kejadian pukul 4 petang semalam, mangsa Muhammad Hafiz Abdullah, 5, meninggal dunia ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan, dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya.

Osman dalam kenyataan sebelum ini berkata pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan cedera disyaki akibat penderaan iaitu kesan lebam baharu di dada, kesan cucuhan api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta luka-luka kecil baharu di bahagian kening kanan. 

Hasil siasatan awal yang dilakukan, bapa tiri mangsa yang tinggal di Kampung Batu Balik, Pekan dan merupakan seorang penoreh getah, mengaku ada memukul kanak-kanak itu pada hari kejadian.

Berikutan itu, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 25 Feb ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

related posts

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More