Home Hiburan Live Streaming Mentor Otai Konsert Juara 2018

Live Streaming Mentor Otai Konsert Juara 2018

by admin
mentor otai

Tonton Live Streaming Konsert Juara Mentor Otai 2018. Saksikan siaran langsung konsert Mentor Otai yang akan mula bersiaran secara langsung di TV3 pada setiap Ahad pukul 9 malam bermula 18 Mac 2018 dari Plaza Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Program Mentor Otai 2018 bakal berlangsung selama tujuh minggu yang dikendalikan oleh Haziq (Hot FM) dan Elly Mazlein ini akan menampilkan lapan orang protege kepada empat mentor iaitu Misha Omar, Siti Sarah, Tam Spider dan Zarul Husin.

Live Streaming Mentor Otai

Live Streaming Mentor Otai Konsert Juara 2018

KUALA LUMPUR – Lapan orang protege kepada empat mentor iaitu Misha Omar, Siti Sarah, Tam Spider dan Zarul Husin hanya akan diketahui pada konsert pertama Mentor Otai yang akan berlangsung pada Ahad ini, 18 Mac pukul 9 malam.

Setiap mentor akan memilih dua protege setiap seorang untuk bertanding dalam program realiti berkenaan yang bakal berlangsung selama tujuh minggu.

Senarai Peserta Mentor Otai 2018

Bakal protege kepada Misha Omar ialah Elvira, Wan Azran dan Bob. Untuk Tam Protege, bakal protegenya ialah Kamarul, Irwan dan Izwan. Sementara itu, bakal protege kepada Siti Sarah ialah Sairi, Alina, Zanie. Tidak ketinggalan, bakal protege kepada Zarul Husin ialah Aznie, Lokman, Fakhiz.

Setiap mentor hanya akan memilih dua protege setiap seorang pada konsert pengenalan Ahad ini.

Program yang dikendalikan oleh Haziq (Hot FM) dan Elly Mazlein tersebut akan mula bersiaran secara langsung di TV3 pada setiap Ahad pukul 9 malam bermula 18 Mac ini dari Plaza Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Juri Tetap Mentor Otai 2018

Mentor Otai kali ini menampilkan Mark Adam dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, tempat kedua RM50,000 manakala tempat ketiga RM20,000. – K! ONLINE

Saksikan Live Streaming Mentor Otai Konsert Juara 2018 di TV3 pada setiap Ahad pukul 9 malam bermula 18 Mac 2018.

related posts

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More