Home Dalam Negara Padah !! Duduk ‘dalam’ lagi 3 hari

Padah !! Duduk ‘dalam’ lagi 3 hari

by admin

Padah !! Duduk ‘dalam’ lagi 3 hari. DUA suspek kes bunuh kucing bunting dalam mesin pengering kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Gombak, disambung reman selama tiga hari sehingga 20 September ini. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, berkata perintah tahanan reman terhadap dua suspek berkenaan dikeluarkan Mahkamah Majistret Selayang, hari ini bagi meneruskan siasatan kes mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan membunuh haiwan.

Padah !! Duduk ‘dalam’ lagi 3 hari

“Pihak polis membuat permohonan reman kedua untuk menyambung siasatan dan permohonan dibenarkan selama tiga hari bermula esok sehingga 20 September depan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan kes sama, Samsor berkata, pihaknya terus berusaha memburu seorang lagi suspek masih bebas.

Kedua-dua suspek itu sebelum ini direman selama empat hari bagi membantu siasatan selepas ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sekitar Gombak pada Jumaat lalu.

Khamis lalu, polis mendedahkan gambar tiga suspek berusia lingkungan 30 tahun hingga 40 tahun berkenaan yang dikehendaki kerana melakukan penganiayaan dan membunuh haiwan sebelum dua daripadanya berjaya ditahan.

Pada kejadian 12.30 tengah malam Selasa lalu, dua lelaki didapati melakukan kezaliman dengan membunuh seekor kucing bunting dengan meletakkan dalam mesin pengering pakaian.

Perbuatan kejam dua lelaki berkenaan dirakam oleh CCTV premis berkenaan dan tular di media sosial.

Bangkai haiwan itu ditemui seorang pelanggan lain pada 10.30 pagi apabila ingin menggunakan mesin pengering berkenaan.

Sebuah pertubuhan yang memperjuangkan nasib haiwan kemudian membuat laporan polis. – myMetro

related posts

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More