Home Dalam Negara Selepas 60 tahun, orang Melayu tiba-tiba boikot produk non-Muslim.. Kenapa?

Selepas 60 tahun, orang Melayu tiba-tiba boikot produk non-Muslim.. Kenapa?

by admin
boikot produk non-Muslim

ADA yang bertanya, kenapa selepas 60 tahun, orang Melayu secara tiba-tiba menolak produk-produk yang dikeluarkan oleh bukan Islam? Kenapa tidak dari dulu?

boikot produk non-Muslim

Sebenarnya, tindakan boikot oleh orang-orang Melayu adalah reaksi terhadap satu perbuatan tidak wajar para pengeluar produk non-Muslim kepada pengguna Islam yang telah memberi sokongan padu kepada produk-produk berkenaan sebelum ini.

Selepas 60 tahun, orang Melayu tiba-tiba boikot produk non-Muslim.. Kenapa?

Pengguna Islam merasa amat kecewa dan terhina dengan kejadian-kejadian seperti berikut:

Kuaci ‘halal’ direbus dengan tulang babi
Air kicap direndam bersama arang tulang babi
Stok rebusan mi kari terdapat kepala dan tulang babi
Belacan diproses bercampur ulat dan sisa makanan
Anjing berlari-lari dan berguling di atas jemuran udang geragau, jemuran ikan asin, asam gelugor dan keropok
Ayam tidak disembelih secara Islam
Penggunaan rum dan lard secara berleluasa dalam pemprosesan bakery
Menguli doh dengan kaki
Membasuh sudu, pinggan dan mangkuk menggunakan air longkang
Penggunaan darah haiwan dalam pemprosesan bebola daging dan burger
Bahkan ada banyak lagi pelanggaran dan pencabulan hak pengguna Islam telah dilakukan oleh pengeluar yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai protes dan aduan telah dibuat tetapi tidak mendatangkan kesan.

Maka kita harus melakukan sesuatu dalam usaha untuk melindungi kepentingan umat Islam.

Tidak timbul soal rasis, chauvinis atau prejudis. Dari melabel orang Melayu sebegitu, lebih baik membantu supaya keselamatan dan kebersihan produk demi kepentingan pengguna dapat dipertingkatkan.

Sumber: Dato Rusly Abdollah

Selepas 60 tahun, orang Melayu tiba-tiba boikot produk non-Muslim.. Kenapa?

related posts

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More