Home Dalam Negara Ustaz Abu Hassan Din telah tiada

Ustaz Abu Hassan Din telah tiada

by admin

KUALA LUMPUR 1 Mei – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook oleh pemilik akaun Nabil Ahmad.

“Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Nabil memaklumkan dalam laman sosial itu, Allahyarham telah dikejarkan ke hospital pagi ini selepas rebah dan tidak sedarkan diri setelah solat subuh.

Berita lanjut akan menyusul. – UTUSAN ONLINE

related posts

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More